Sunday, October 17, 2010

hikayatku..

Dihikayatkan sebuah penglipurlara untuk hati yang duka nestapa.
Kisah yang biasa biasa namun memberikan kesan yang mendalam juga.
Tiada lebih, tiada kurang, hampir sama sekata.
Diceritakan dari bicara meniti bicara, tersebutlah kisah di sebuah negara.
Cyberjaya nama di beri bunyinya utuh kuat dan megah berdiri.
Ramai pedagang dan pencari ilmu duniawi namun kurang amat ilmu selepas mati.
Mereka menjual dan membeli ilmu tidak kira tua dan muda.
Mengejar pangkat dan nama dalam dunia yang makin kejam dan buta.
Ada yang hitam, ada yang putih tak kurang kelabu jua.
Ada yang tinggi, ada yang pendek, ada yang kurang upaya.
Namun mereka tetap melangkah demi mengejar apa yang didamba.
Sehingga kadang kala ada yang terlupa dari mana mereka bermula.

Ceritera bermula, seorang pemuda pertengahan remaja mula menjejaki Cyberjaya.
Dikatakan luas Cyberjaya seluas Bandaraya Kuala Lumpur juga adanya.
Diberikan jolokan Bandar Pintar lantaran kewujudan jalur lebar tanpa wayar percuma.
Omong kosong jua….
Namun khazanah ilmu di dalam amat mahal harganya.
Lim Kok Wing, Multimedia University, Univerisiti Perubatan Cyberjaya.
Tiga nama gah yang menjulang Cyberjaya sebagai bandaraya pintar di Malaysia.
Cyberia, Cresent One, The Domain juga memainkan peranan yang sama.
Memangku kemegahan di atas nama Cyberjaya.
Semuanya meningkatkan nilai Ringgit Malaysia menjadikan pertukaran asing kerap terjadi di sana.

Dihikayatkan, tersebutlah kisah sang pemuda itu mendalami ilmu di universiti multimedia. Maka bermulalah sang pemuda berkenalan dengan semua jantina.
Ada yang kacak, ada yang hensem, ada yang buruk rupa.
ada yang cantik, ada yang jelita, ada yang sesedap mata.
Ada yang nyah, ada yang auw auw, ada yang geli suka suka.
Dikatakan si pemuda tidak memilih warna kulit dan persona dalam menjalin rasa persahabatan setia.
Jauh sekali membezakan kepercayaan dan anutan yang diwarisi berzaman lamanya.
Telah dilatih memandang pekerti dan budi bahasa dalam membezakan berlian dan kaca.

Namun tiba tiba si pemuda mula berubah pendirian.Bila diri sering ditindas.
Tiada lagi kelembutan. Tiada lagi belas kasihan.
Tiada kata tiada perbuatan, hanya perilaku menjadi saksi yang bersengkang.
Kini semuanya makin kabur..
Hanya masa akan menentukan ...

4 comments: