Sunday, May 16, 2010

Kejamnya manusia

Dikeheningan fajar yg mnyinsing ,kelihatan dua pemuda Aimin & Pian keluar ke hutan untuk berburu. Mereka memulakan pemburuan se awal jam 7 pg dngan membawa lengkap segala peralatan berburu..Setelah beberapa jam berburu,matahari pun sudah naik meninggi, tapi tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan mereka. Rusa,pelanduk, ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu, seolah-olah bersembunyi jauh dari mereka. Hutan itu kelihatan sepi spt tiada pghuninya.

Hari kian beranjak petang, namun mereka masih blum dpt walo seekor pun hasil buruan..Oleh kerana perasaan kecewa,mereka bertekad utk pulang ke rumah dan kembali memburu pada keesokan harinya..
Di dalam perjalan pulang, tiba2 mereka terdengar suara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan mereka. Aimin cuba mengamati suara itu, ternyata ia datang dari sekawan monyet yang sedang memakan buah-buah hutan.Mereka mghampiri kawanan monyet tersebut,nampaknye Pian begitu berminat memerhatikan haiwan2 itu. Di bibir Pian kelihatan terbit sebaris senyuman. Aimin faham benar maksudnya senyuman sahabatnye itu.

"Hei Pian,ko nak tembak monyet-monyet itu ke?"tanye Aimin kpd sahabatnye itu.
"Aha la,aku nak tembak ibunya, lepas tu leh la aku ambil anaknya, nanti boleh kita bela," begitu jawapan Pian .Aimin beberapa kali mendesak Pian supaya membatalkan hasratnya itu, tetapi gagal. Aimin gagal mengendurkan niat Pian.Pian kini sudah mula mbidik sasarannye.Pian mengacukan senapangnya ke arah kawanan monyet tadi, dan ?

DAMMM!!!

Berdentum bunyi tembakan memecah kesunyian hutan..Monyet2 tersebut bercempera lari lintang-pukang menyelamatkan diri. Kini hutan itu mjadi riuh dengan bunyi ranting patah serta jerit pekik kawanan monyet td.
"BUUUPP!"
Ada suatu benda yang jatuh ke tanah.Aimin tergamam apabila melihat seekor ibu monyet jatuh tidak jauh dr mereka. Pian terus berlari mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat. Anaknya yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan, tercampak tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit.

Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah. Ia cuba bangun. Dengan bersusah payah sambil tangannya mencapai akar-akar pokok untuk mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut yang masih berdarah. Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagi sambil berguling-guling ke arah anaknya. Si anak yang baru pandai berjalan jatuh, bangun mendapatkan ibunya.
Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan. Aimin menatap semdiri di depan mata kepalanya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh dan menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali. Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disusukannya.

Kini Aimin dan Pian terdiam & tergamam tatkala melihat si anak menghisap susu ibunya yg mengerang-ngerang perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit. Hati mereka kini tersentuh, betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahu bahawa ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama-lamanya.

Dalam fikiran mereka terbayang bagaimana mungkin si ibu ingin memeluk anaknya buat kali terakhir, sepuas-puasnya, kerana selepas ini ibu akan pergi.Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan, menyuap mulutmu bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau kepanasan.

Mata si ibu monyet itu memandang ke arah dua org pmburu ini. Tangannya memeluk erat si anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersama anaknya.

Mata si ibu td digenangi air, masih tidak lepas memandang mereka dengan pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya manusia."Dosa apakah yang aku lakukan hungga aku ditembak?" Salahkah aku bebas ke sana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini? Tubuh ibu monyet itu berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih di pelukannya.Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kelihatn si ibu mencium anaknya untuk ke sekian akhir kalinya. Perlahan-lahan tubuhnya terkulai ditanah, bisa penabur dari muncung senapang Pian tadi tidak dapat ditanggungnya lagi.Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan diri dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas menjerit, si anak tadi menyusu semula.

Di saat itu perasaan Aimin menjadi sebak. Diperhatikannya Pian beberapa kali menggetap bibir cuba menahan air matanya daripada tumpah ke pipi.
Akhirnya air mata merekan tumpah juga tatkala melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang- goncang tubuh ibunya, . Mereka kini betul-betul kesal dengan apa yang berlaku.Di suasana yg sunyi dan sedih itu ,si anak monyet itu mereka rangkul dan bawa pulang biarpun ia terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunya yang telah mati.

Di dalam kereta Aimin dan Pian hanya mendiamkan diri.Pada ketika itu mereka dapt merasakan betapa kejamnya mereka kerana membunuh satu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang hodoh, tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak, rasa sayang kepada ibu. Tapi kita manusia??Mana hilangnya akal waras kami?
haiwan juga punya perasaan!sesalan demi sesalan muncul dlm otak mereka..

Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya. Anak monyet itu tidak mahu makan dan asyik menjerit-jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam, keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati.

Begitulah kejamnya manusia terhadap haiwan sedangkn ia juga makhluk ciptaan Allah..dimanakah akal yg dikurnia ilahi apabila sang ibu sanggup mgugurkn,mbuang & mbunuh bayi2 yg baru di lahirkn?Sedangkn haiwan amat menyayangi anak2 nya sehingga titisan darah terakhir..sayangilah semua ibu2 yg telah menjaga dan menyayangi kita sejak kita dilahirkn lagi..

Thursday, May 13, 2010

Tembikai & Saga


Pada suatu petang yg mbusankan,seorang pemuda yg kacak lg bergaya Elsi berjalan2 tanpa arah & tujuan di sekeliling kampung nya..Setiap manusia yg dilihatnya ditegurnya dengan senyuman & penuh budi bhasa.Ramai gadis2 dan cewek yg menjeling tiap kali mlihat kelibat pemuda ini melintasi umah2 mereka..
Semua terpana akan ketampanan pmuda ini..Sedang asyik melayan perasaan yg konon nye hensem ,Elsi smpai di tgh2 kg yg mana terdapat satu kebun tembikai ..Dilihatnya hasil tanaman yg begitu subur dimana buah2 tembikai begitu byk dan besar..Elsi menjadi hairan dengan kjadian tembikai..timbul pelbagai persoalan di dlam otak benak nye.."mgapa buah tembikai besar,pokoknye kecil? mgapa x bbuah di pokok yg besar??Kecewa kerana dipikirnya x logik,Elsi meneruskn perjalanan ke hujung kg.
Di sana dia menemukn sebuah pohon saga yg amat rimbun dan besar..oleh kerana sudah keletihan die pun mghamparkn dirinye di bawah pohon tersebut utk merehatkn dirinya..Dia mendongak ke atas dan terlihat buah2 saga yg kecil berbanding buah tembikai..Sekali lg die mmikirkn psoalan yg same seperti sebelumnya.."mgapa pokok ni besar,buahnye plak kecil??bukankah sepatutnye pokok yg besar buah nye juga patut besar??..Timbul rase ketidak adilan tuhan di dlm dirinya..die merasakn tuhan tidak adil kerana mciptakn pokok yg kecil ttp berbuah besar(tembikai) sedangkn pokok yg besar ttp buahnya kecil(saga)..sedang asyik dengan persoalan dan perasaan yg bermain di otaknya,dia tertidur di bawah pohon saga tersebut..
Ketika sedang asyik dilamun mimpi tibe2 "pang!!" , die terkejut kerana sesuatu jatuh tepat di muka nye..apabila dipandg keliling dilihatnye buah saga dr pohon yg besar itu yg menimpanya..Kini die tersedar akan kekhilafannya ttg ketidakadilan tuhan..Di renungnya kmbali andai yg jatuh td adalah buah sebesar tembikai,pasti shj sudah hancur kepalanya..Elsi segera memohon kemaafan di atas sikapnye yg myalahkn tuhan di atas ciptaan yg dirasaknnye tidak logik di pemikirannya..