Wednesday, September 30, 2009

bp byk kah anda bernafas??

ari ni aku blajar sesuatu dr kwn aku "budak dewasa"..die ajar aku cane nak kire nafas..bp byk nafas aku da gune spnjg aku idup ni..he2..di saat jam kul 12mlm ni aku da gune..

Bahagian 1: Kira jumlah pernafasan dlm satu hari

kadar pernafasan manusia yg normal sekitar 8-14 nafas utk satu minit. memandangkan tak jauh sgt beza kadar pernafasan kita setiap hari jadi kita cuba andaikan 11 nafas dlm ms seminit. Calculation nya:

11 nafas x 60 minit x 24 jam sehari =15,840 nafas sehari dlm ms 24 jam

Jadi, Kita andaikan jika 11 nafas aku tarik dlm seminit bermakna aku menghirup sebanyak 15,840 nafas dlm ms sehari..

Bahagian 2: Kira umur kita dalam hari

Memandangkan kita ada tahun lompat setiap 4 tahun jadi jumlah hari dalam setahun ialah 365.25 hari setahun. Ini dibuktikan dgn fakta bahawa Bumi mengambil masa 365.25 hari utk membuat satu putaran lengkap mengelilingi matahari.

Dan hari ini cukup 22 tahun 161 hari aku bernafas di Bumi ini. Maka perhitungannya ialah:
365.25 hari x 22 tahun 161hari= 8196.5 hari

kalau ikut tahun lompat sepanjang 22 tahun ni kena tahu tahun berapa yang tahun lompat& selepas dikira...hanya ada 6 tahun saja tahun lompat sepanjang 22 tahun ni(dari tahun 1988 hingga 2009). tahun lompatnya ialah1988,1992,1996,2000,2004,2008.

Jadi ini bermakna utk tahun2 lompat ni kna tambah satu hari menjadikan dia 366 hari dlm kalendar. (6 x 366 =2196 hari)
Sebaliknya baki lagi 16 tahun adalah bukan tahun lompat dan hanya ada 365 hari dalam kalendar (16 x 365 = 5840 hari)

oleh itu, 5840+2196+161 = aku dah hidup selama 8196.5 hari (boleh dibundarkan kpd 8197 hari utk menyenangkan calculation) di Bumi ini.

Bahagian 3 : jumlahkn keseluruhan nafas

15,840 nafas dlm ms sehari x 8197 hari aku idup = 129,840,480 kali !!

2 comments: