Wednesday, July 29, 2009




Selalunya di hari minggu, kolam pancing yang menjadi pilihan aku tentunya di sekitar Serdang, Bangi dan Semenyih. Bukan selalu mancing kolam pun. Sebulan dalam 2 kali aje. Bahagi masa selebihnya dengan keluarga.

Sabtu lepas, awe rakan sepancingan mengajak aku melayan amukan Rohu di port baru di Serdang. Kolam tu berdekatan ngan Kedai Pancing aBoY. Melalui sembang-sembang kedai kopi 24jam sebelumnya, awe telah mendapat 7 ekor rohu di port tersebut.

Dalam jam 8 pagi, aku terus bergerak ke port baru tuh selepas membelasah nasi lemak antarabangsa hasil tangan wak sairin.. Sampai sana,awe telah menapak lebih awal bersama membernya zul.

Tapi pada hari tu, tak nampak langsung kelibat Rohu. Naik Tongsan je satu kolam. Aku rasa la Rohu tu dah kena balun kaw-kaw minggu lepas. Tauke kolam tak lepas ikan baru keh. Letih ar Tauke mancing gini..slamat le dpt 2,3 ikan..bolehle..

Petangnye pulak, aku, mak dan abah pegi la berjalan-jalan ke Tasik Putrajaya. Kebetulan ada plak artis baru buat shooting video klip kat Monumen Roket berdekatan Jambatan Tulang. Pemandangan kat situ best jugak macam kat Esplanade rasanye.

3 comments:

  1. ni dekat area mana eh serdang..nak gak try tmpt baru..

    ReplyDelete